Friday, April 4, 2014

Aktiviti - IKHTIAR HIDUP :)

Assalamualaikum :)


  • Istilah Inggeris - survival iaitu the will to live,to outlive, state of continuing to live.
  • Pengertian bahasa Melayu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup.






  • Di dalam konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup ialah usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus hidup ketika menghadapi ancaman.

    •  Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut:-
    •  Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan.
    •  Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual
    •  Terselamat dalam nahas udara atau laut.
    Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Latihan untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat demikian.

    Situasi dalam ikhtiar hidup. Antaranye :-

    •  Kita harus bersedia menerima sebarang kemungkinan apabila kehabisan bekalan makanan dan minuman apabila masuk ke dalam hutan. Oleh itu, persediaan yang rapi haruslah dilakukan supaya kita dapat meneruskan kehidupan sehingga diselamatkan.
    • Selain itu, ikhtiar hidup ini mungkin juga berlaku apabila berlakunya ancaman binatang buas ke atas diri kita.
    • Pada waktu yang sama, kita mungkin terpaksa berhadapan dengan bahaya dan kita juga mesti tahu untuk menyelamatkan diri. Bagaimana untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa binatang buas dan menyelamatkan diri.
    • Seterusnya ialah situasi di mana kita mneghadapi masalah perlindungan. Mungkin sewaktu masuk ke dalam hutan kita terlupa membawa khemah ataupun kita tersesat di dalam hutan. Mungkin kita tidak mempunyai alat kelengkapan iaitu khemah untuk menjadi tempat perlindungan kita.Oleh itu, ikhtiar hidup akan membantu kita mempelajari cara-cara untuk membuat pondok daripada tumbuhan yang terdapat di dalam hutan.

    o Kepentingan ilmu ikhtiar hidup

    • Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup merupakan salah satu perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi luar. Ini kerana, kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko. Ilmu ikhtiar hidup ialah sebagai salah satu ilmu bagimenjamin keselamatan orang yang terlibat dalam kegiatan luar.
    •  Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup merupakan perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin menceburkan diri dalam kegiatan luar. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup penting kerana kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko

    Pada 4 April 2014 kelab HSM 225 telah mengadakan aktiviti ikthiar hidup bertempat di UiTM. Seramai 17 orang pelajar beserta seorang pensyarah Puan Faridah Binti Abdullah, terlibat dalam aktiviti tersebut.












    Kesimpulannya, ikhtiar hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha untuk keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan sekiranya tersesat ilmu iktiar hidup adalah perlu digunakan.