Friday, May 16, 2014

Orienteering

Apakah Itu Orienteering?


Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan  arah dirinya dari satu titik kawalan kesatu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan  dipermukaan bumi mengikut         susunan        tertentu.


Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan di samping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.

Jenis-Jenis Orienteering

Terdapat enam jenis aktiviti didalam orienteering :-

ü  Orienteering MerentasDesa (Cross-Country Orienteering
ü  Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
ü  Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
ü  Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
ü  Orienteering Malam (Night Orienteering)
ü  Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
ü  Norwegian Event

Kebaikan Orienteering

   ü  Ia adalah sukan untuk semua.
   ü   Dapat meningkatkan kecergasan fizikal seseorang.
   ü  Memberi cabaran dan keseronokan dalam menjalankan aktiviti.
   ü  Meningkatkan kecergasan mental dan daya tumpuan.
   ü  Membina keyakinan diri dan sikap positif dalam seseorang.
   ü  Persekitaran yang sihat.
   ü  Meningkatkan kemahiran membaca peta dan kompas.
   ü  Memupuk sifat keberanian dan ketenangan di dalam keadaan cemas

 KOMPAS

Kompas adalah sejenis alat yang digunakan untuk menentukan arah sesuatu tempat. Ketepatan sesuatu kompas adalah bergantung kepada kepekaan jarumnya yang mudah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling terutama besi dan magnet. Kompas adalah alat terpenting dalam aktiviti orienteering. Penggunaan kompas orienteering digalakkan dalam aktiviti orienteering. Terdapat pelbagai jenis kompas yang boleh digunakan antaranya ialah kompas prismatik, kompas lensatik dan kompas orienteering atau dikenali dengan kompas silva.

KEGUNAAN KOMPAS

• Melaras peta
• Membantu dalam pelayaran
• Menentukan arah
• Membuat peta
• Mengukur jarak di atas peta

MELARAS KOMPAS DENGAN PETA

Pemadanan masa merupakan antara faktor yang penting dan dipengaruhi oleh kecekapanan dalam memilih laluan yang terbaik, maka adalah penting untuk mengetahui dan memahirkan diri dengan cara penggunaan kompas yang efektif.

  •           LANGKAH PERTAMA


Letakkan bahagian kompas selari dengan pergerakkan anda di atas peta. Pekara yang perlu diberikan perhatian ialah arahan anak panah petunjuk arah sama dengan arah pergerakkan seseorang.

  •            LANGKAH DUA


Tanpa mengerakkan plat tapak kompas, pusingkan perumah kompas sehingga garisan melaras selari dengan garisan utara peta. Arah utara bagi perumah kompas turut selari dengan arah utara peta.

  •  LANGKAH TIGA


Pusingkan badan anda sehingga jarum magnetik selari dengan garisan melaras dan juga utara peta.


BEARING

CARA MENENTUKAN BEARING

    ü  Arah utara perlu ditentukan terlebih dahulu
   ü  Berdasarkan kad kawalan, di mana terdapat panduan bearing sesuatu check point penentuan bearing    check point dapat dilakukan peserta akan menuju ke check point berpandukan arah bearing    yang telah ditetapkan.

PERKARA-PERKARA YANG PENTING SEMASA MENGGUNAKAN KOMPAS

   ü Kompas mesti berada dalam keadaan rata supaya jarum magnetik boleh bergerak dengan      baik.
    ü   Tentukan arah utara yang sebenar di peta dan pada bentuk muka bumi
   ü Tentukan  benda-benda yang dapat menjadi petunjuk seperti pokok besar untuk  memudahkan seseorang  mencari sesuatu tempat
    ü  Sentiasa memeriksa bearing kompas
 ü Selalu pandang sekeliling ketika berjalan dan dapatkan tanda sebagai panduan untuk perjalananp ulang.
    ü   Kompas harus diikat pada badan dan memastikan ianya berada dalam keadaan baik.


LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

ü Semasa menjalankan aktiviti orienteering, peserta memakai pakaian yang bersesuaian dan dapat melindungi tubuh daripada mendapat luka.
      ü  Memastikan peti kecemasan mengandungi ubat-ubatan dan keperluan lain mencukupi.          
    üMembawa peralatan seperti wisel, parang, lampu suluh, nilon untuk tujuan keselamatan dan memudahkan perjalanan. 
     ü  Dilarang berehat di bawah pokok yang mempunyai dahan yang reput.
  ü  Jika menjumpai kesan tapak tapak kaki yang mencurigakan atau binatang buas segera meninggalkan tempat tersebut.
     ü  Dilarang tidur di dalam hutan
     ü  Jika sesat, tiup wisel untuk menarik perhatian orang yang berhampiran.
     ü  Jika mengalami kecederaan segera meminta pertolongan daripada orang yang terdekat.
    ü  Jika kompas gagal berfungsi, ini mungkin disebabkan oleh bahan-bahan galian, kabel elektrik atau batu yang mempunyai medan magnetik, peserta harus meninggalkan tempat tersebut dan mencari tempat di mana kompas dapat berfungsi dengan baik.

Anatomi Kompas Orienteering





Bahagian Kompas

Kompas orienteering mengandungi tiga bahagian utama iaitu :-

    ü  Plat tapak yang lutsinar
    ü  Perumah kompas yang boleh berputar
    ü  Jarum magnetik (di dalam perumah kompas) 

PETA 

Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk muka bumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dar iudara. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan. Mempunyai tajuk, kontor, skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan.
     Membaca peta ialah proses menafsirkan maklumat yang tergambar di atas peta kepada maklumat sebenar yang diwakilinya. Peta merupakan satu gambaran yang dapat dilihat dari udara ke atas sesuatu tempat atau kawasan yang menggambarkan keadaan tempat itu dari segi jenis tanaman, bangunan, jalanraya, sungai, paya, hutan tanah tinggi dan sebagainya. Peta yang selalu digunakan untuk aktiviti orienteering ialah peta topographi.

Warna-Warna Dalam Peta

Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF. Warna tersebut adalah :-

·         Hitam                   – ciri-ciri buatan manusia & batu
·         Perang                – kontor & jalanraya
·         Kuning                – keadaan tumbuhan : lapang dan terbuka
·         Putih                    – keadaan tumbuhan : berpokok /boleh berlari
·         Hijau                    – keadaan  tumbuhan :berjalan/redah
·         Biru                      – kawasan berair


Contoh Peta




Petunjuk :-

= Tanda tiga segi aktiviti bermula

= Tanda bulatan merupakan 'checkpoint' untuk setiap tempat












No comments:

Post a Comment