KAYAK
Kayak ialah
penggunaan kayak untuk bergerak merentasi air. Umumnya perbezaan kayak dengan
berkanu ialah kedudukan tempat duduk pendayung dan bilangan bilah dayung.
Berkayak ditakrifkan adalah bot dimana pendayungnya mendayung menghadap
kehadapan, menjulur kaki mereka kehadapan, dan menggunakan dayung berbilah dua.
Hampir semua kayak ditutup dengan dek. Kini, terdapat banyak ‘sit-on-top
kayak’, dan ia semakin meningkat populariti.
JENIS
KAYAK
Mandesta (Berbentuk V)
Bagian bawah
(hull) berbentuk V, bertujuan untuk memudahkannya memotong air dan bergerak
dengan laju pada garis/lintasan lurus. Menggunakan perahu jenis ini memerlukan
keseimbangan yang tinggi, dan perahu jenis ini digunakan dalam pertandingan.
Ottersport (Berbentuk U)
Bagian bawah
perahu jenis ini berbentuk U atau rata. Perahu jenis ini amar stabil untuk
semua kegiatan air dan sangat memadai bagi mereka yang baru pemula dalam
olahraga dayung. Kerana bawahnya rata, pergerakan agak lambat sehingga mudah
memindahkan haluan depan.
Slalom (Berbentuk O)
Bagian bawah
dan atas perahu ini berbentuk O atau bulat. Perahu jenis ini selalu digunakan
di arus deras.
ANATOMI
KAYAK
Kayak
mempunyai bahagian yang penting:
1. BOW DAN
STERN (HALUAN DAN BURITAN)
Bow= muncung
bahagian hadapan
Stern= muncung
bahagian belakang.
Bahagian ini
boleh ditentukan dengan meninjau bentuk coaming dan arah tempat duduk sesebuah
kayak.
Fungsinya->memotong
air dan memecah ombak selain menjadi panduan arah tuju kayak
2. PORT SIDE
DAN STARBOD SIDE
Port side = bahagian
kiri kayak
Starbod side
= bahagian kanan kayak
3. HULL
Dinding,
lantai, geladak bahagian bawah kayak. Ia mempunyai bentuk yang berbeza-beza
bergantung kepada jenis kegunaan sesebuah kayak.
4. DECK
(GELADAK ATAS)
Dinding
bahagian atas kayak di mana terletaknya cockpit.
Kegunaan
->menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung serta
memudahkan kemahiran gulingan. Deck hadapan dipanggil foredeck. Manakala deck
belakang dipanggil aftdeck.
5. TOGGLES
Sejenis tali
atau tempat pemegang yang terdapat dibahagian hujung bow dan stern.
Kegunaannya->memudahkan mengangkats esebuah kayak, berpaut apabila terbalik
dan mengikatnya ketebing.
6. COCKPIT
Ruangan yang
terletak di tengah-tengah kayak dan diantara foredeck dan aftdeck. Ia merupakan
kawasan di mana pendayung duduk di dalamnya. Bahagian hadapan dan belakang
boleh ditentukan dengan melihat kepada bahagian cockpit.
7. SEAT
(TEMPAT DUDUK)
Tempat duduk
pedayung terletak di dalam cockpit. Ia terbahagi kepada beberapa jenis iaitu
tempat duduk standard (mempunyai saiz yang tetap, tempat duduk sederhana-untuk
kegunaan rekreasi, tempat duduk ketat-untuk aktiviti arus deras dan tempat
duduk boleh laras.
8. COAMING
Bahagian
tepi yang kecil dan nipis mengelilingi cockpit.
Fungsi
->untuk menghalang air daripada memasuki cockpit.
9. KNEE
BRACE
Terletak di
bahagian coaming di bahagian foredeck.
Fungsi->untuk
menyokong lutut pedayung dan member cengkaman kaki pedayung yang lebih kuat
terhadap kayaknya. Ia hanya terdapat pada kayak arus deras dan slalom sahaja.
10.
TOWLINE/DECKLINE
Tali yang
diikat dari hujung bow kesisi kiri dan kanan coaming hingga kebahagian stern.
Fungsi ->sebagai tali untuk menyelamat, penunda, mengikat alatan dan
mengikat kayak. Tidak semua kayak memiliki towline
11. KEEL
Terletak di
bahagian geladak bawah kayak.
Fungsi->untuk
membelah arus dan bertindak sebagai kemudi. Ia membolehkan sesebuah kayak itu
bergerak lurus dengan cepat. Tidak semua kayak mempunyai keel.
12. FOOTREST
Terletak di
bahagian foredeck dan merupakan tempat melatak kaki pedayung.
Fungsi->memberikan
daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih yang dihasilkan melalui kombinasi
pergerakan tangan, bahu, lower back dan kaki terhadap penghasilan daya dayung
yang baik. Ia berfungsi sebagai alat keselamatan yang melindungi pedayung
daripada terhentap atau mengeluncur kehadapan akibat hentakan atau pelanggaran
13. HATCHES
Lubang
penutup yang terdapat di tengah bahagian foredeck.
Fungsinya->menyimpan
peratlatan diri dan perkhemahan.
PENDAYUNG
(PADDLE)
* Berfungsi
untuk mengerakkan kayak
* Pendayung
kayak mempunyai dua bilah mata dayung yang setiap satunya
Berlawanan
kedudukan.
1. Blade
(Bilah mata dayung)
Kepingan
yang berada pada hujung batang dayung.
Fungsi->mengaut
seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakan kayak.
2. Tip
(Pelindung mata dayung)
Kepingan
logam yang berada di hujung mata dayung.
Fungsi->melindungi
mata dayung dari kerosakkan akibat hentakan. (tidak semua pendayung mempunyai
tip)
3.
Shaft/Loom/Bar (batang pendayung)
Bahagian
batang pendayung, berbentuk bulat dan lazimnya lurus. Merupakan bahagian
pemegang pendayung.
4. Neck
(Leher pendayung)
Bahagian
percantuman antara blade dan shaft.
5. Drip ring
(bulatan getah)
Diperbuat daripada
plastic atau getah dan terletak berhampiran dengan neck.
Fungsi
->menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan
pendayung. Tidak semua pendayung memeliki drip ring
6. Front of
blade (muka dayung)
Berbentuk
cembung untuk memberikan sokongan yang kuat kepada mata dayung.
JAKET
KESELAMATAN ATAU BOUYANCY AID ATAU PFD( personal floatation devices)
Ia merupakan
alatan keselamatan yang terpenting dalam aktiviti berkayak. Bahan bantuan
apungan yang berbentuk seperti vest dan dilengkapi dengan tali pengikat
pinggang. Bahan apungannya diperbuat daripada foam yang lembut. Di dalam air,
ia akan membuatkan seseorang individu itu terapung secara menegak. Ia bertahan
dalam jangka masa yang terhad iaitu beberapa jam sahaja bergantung kepada bahan
yang digunakan.
PFD adalah
‘Personal Floatation Devices’ (juga dikenali sebagai jaket keselamatan,
penyelamat kehidupan, pelampung dan pakaian pengampungan. Alat ini direka untuk
membantu pemakainya, samaada sedar atau tidak sedarkan diri, untuk bertahan.
Gambar kayak :
No comments:
Post a Comment